Waktu pembelajaran akan bermula pada jam 7:30 pagi
Ibu bapa tidak digalakkan menghantar murid terlalu awal ke sekolah
Murid yang bergejala seperti deman / sesak nafas / batuk / selsema atau merekodkan suhu badan yang tinggi melepasi 37.5 darjah celcius TIDAK PERLU hadir ke sekolah
Berbaris mengikut garisan penjarakan bermula dari laluan masuk yang telah ditetapkan
Guru akan mengambil suhu badan murid menggunakan termometer. Suhu badan akan direkodkan oleh guru kelas murid
Murid akan diberi sanitizer pada kaunter seterusnya / sebelum memasuki kelas
Murid berjalan ke kelas masing-masing berpandukan pada anak panah berwarna KUNING
Murid akan berada di dalam kelas sepanjang waktu pembelajaran, termasuk pada waktu rehat
Guru waktu pertama akan mengambil pesanan makanan dari murid untuk dimaklumkan pada pihak kantin
Murid akan belajar di kelas masing-masing seperti biasa dan hanya akan dibenarkan meninggalkan kelas sekiranya perlu ke tandas. Murid perlu mengikuti laluan bertanda biru untuk ke tandas
Pada waktu rehat, makanan akan dihantar ke kelas oleh pihak kantin mengikut pada pesanan yang dibuat
Murid akan keluar dari kelas mengikut aturan & arahan guru, melalui pintu keluar yang telah ditetapkan
Murid perlu mengikuti laluan keluar yang telah ditandakan dengan anak panah berwarna merah, dari kelas sehingga ke laluan keluar sekolah yang telah ditetapkan